Bergerak Kehadapan Bersama Tradisi / Moving Forward With Tradition

Selamat Datang Ke Laman Blog Galeri Sejarah SK Felda Redong

Rancangan Panitia Kajian Tempatan

Galeri Sejarah merupakan salah satu dari perancangan tahunan Panitia Kajian Tempatan SK Felda Redong

Galeri Sejarah

SK FELDA REDONG SEGAMAT

Galeri Sejarah SK Felda Redong

Dari kerjasama dan usaha semua guru SK Felda Redong, Segamat

Galeri Sejarah SK Felda Redong

Satu lagi komitmen guru yang ditampilkan dalam mencapai objektif penubuhan galeri ini

Sunday, October 21, 2012

GALERI SEJARAH : PEMANTAUAN DAN LAWATAN PELAJAR

Pemantauan Galeri Sejarah sempena pertandingan Galeri Sejarah ( Sekolah Rendah Kategori Bilik ) telah diadakan pada 16 Oktober yang lalu. Walau bagaimana pun, pemantauan yang dijalankan tidak dapat diselia oleh guru kerana pemantau hanya tiba disekolah jam 6.30 petang. Walau yang demikian, kami warga SK Felda Redong hanya mengharapkan yang terbaik. Kami juga berbangga kerana telah mewakilik daerah Segamat buat pertama kali dalam pertandingan ini.


Sehari selepas pemantauan, Galeri Sejarah telah dikunjungi oleh pelajar-pelajar tahun enam SK Felda Redong sempena aktiviti selepas peperiksaan UPSR. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Cikgu Rosdi dan pekerja swasta sekolah, Puan Rahmah dan Puan Jamaliah.




















Sehari sebelum itu, galeri ini telah dimeriahkan dengan kehadiran semua guru bagi merasmikan buku pelawat bagi tahun ini. 

FASA KEEMPAT : HARI MENYIAPKAN GALERI

Fasa keempat hari ketiga ( Isnin ) ialah hari yang amat sibuk. Guru-guru SK Felda Redong bergotong royong untuk menyiapkan segala apa yang masih lagi disiapkan. Barang-barang antik ( on loan ) dari En Salleh dan Pn Rahmah berjaya menarik perhatian guru-guru kerana keantikkannya.

Selain itu, gambar-gambar album lama juga mencuru perhatian semua guru kerana mengimbau kembali sejarah pembuka sekolah, perjalanan aktiviti lebih 20 tahun yang lalu dan juga gambar-gambar guru-guru yang masih muda ketika mula-mula mengajar di sekolah ini.






















Juga penyelaras datang bersama teman, Shaiful Nizam untuk menyiapkan apa lagi yang diperlukan ditemani oleh Cikgu Norhanizan.



Wednesday, October 17, 2012

FASA KETIGA : MENGHIAS GALERI DAN MENYEDIAKAN BAHAN

Pada peringkat ini ( Ahad, 15 Oktober ) penyelaras dan beberapa rakan guru dan dibantu oleh pelajar ( Idzham Fahmi ) membantu menyiapkan galeri. Walaupun pada hari cuti, ramai guru yang turut membantu. Aktiviti pada hari kedua ini ialah menyiapkan hiasan ( skirting, susunan meja dan lain-lain ) dan juga menyediakan bahan untuk pameran.









Cikgu Puziah, Cikgu Fatimah dan Cikgu Harits juga tidak ketinggalan membantu untuk menghias bilik ini pada hari tersebut. Cikgu Harits, walaupun sibuk kerana terlibat dengan bola sepak PSKPP juga sempat untuk menyiapkan patung untuk dipakaikan pakaian tradisional.

FASA KEDUA : PERSIAPAN FIZIKAL

Fasa kedua projek Galeri Sejarah ini ialah menyiapkan fizikal galeri dengan mengecat dan menyusun alatan yang diperlukan bagi mempamerkan bahan-bahan untuk galeri tersebut.


Gambar Hari Pertama
Gotong royong membersihkan bilik dan mengecat


GPK Ko Ku, Cikgu Siti Norlaila sedang mengecat.



Cikgu Fatimah dan Cikgu Badrol antara ramai yang membantu mengecat galeri.




Sudut-sudut digaleri yang masih dalam proses pembikinan.





GPK 1, Cikgu Tn Hj Sulaiman turut membantu.











Antara pelajar yang sama-sama bergotong royong.